1. Apakah yang paling dekat
dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
Pada
suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu
beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMANYA : beliau bertanya apakah
yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"
Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua
jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali
bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185
KEDUANYA : beliau bertanya apakah
yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"
negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan
bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa
lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke
amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang
dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGANYA : beliau bertanya tentang apakah
yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi,
matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi
adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti
berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka
jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179
KEEMPAT : belia bertanya tentang apakah
yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi,
gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi
yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang,
gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya
ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang
rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian
dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA : beliau menyoal tentang apakah
yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin,
debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi
adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang'
kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu
mementingkan urusan dunia.
KEENAM : beliau bertanya tentang apakah
yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam
Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul
ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka
menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan
perpecahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan